Friday 6 November 2015

KRABI WITH LOVE PART 6

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Hy readers!

Entry Sambungan Dari,


45 minit yang di beri di pulau kedua tamat dengan jayanya! next pulau, adalah Hong Island =)
Lebih kurang 10 minit sahaja perjalanan dengan bot untuk sampai ke pulau ini.
Dari jauh , dah nampak keluasan Hong Island ni, siyesly, pantai nya sangat besar dan putih! Excited sampai rasa nak melompat, hihihi.


hello Hong island!

Kalau dua pulau sebelum ni, boat akan berlabuh di tepian pantai, bila tiba dekat hong island ni, boat akan berhenti jauh sikit dari pantai, nak ke pantai kena melalui pantoon, agak jauh jugak lah kalau nk jalan. Kalau ikutkan , pantai Hong Island ni di bahagikan kepada dua bahagian, dari pantoon ke bahagian pertama, kawasan ni, tak ramai yang mandi manda, mungkin sebab banyak boat yang berlabuh, bahagian kedua pula, ada tempat untuk istirehat, siap ada meja dan kerusi. Kami di bawa ke bahagian kedua pantai untuk di beri makan tengahari, makanan yang di sediakan adalah makanan halal, seperti package 4 island semalam. Hanya 2 jam di beri untuk bersantai-santai.
so,
Lets explore Hong Island!


Perlu berjalan dari tengah laut ke tepian pantai


Hello Hong Island!



Cuaca agak panas ketika ini, tapi, air laut sejuk!


Clear Water!


Salah satu pulau yang dijaga rapi oleh kerajaan Thailand



Aiskrim 3 untuk 50b! Mahal la jugak kan, klu dekat malaysia, 20 sen je... hahaha,... ada ke lagi aiskrim cm gini?


Ingat masa 1st day duit dan pasport lencun dek air laut? alternative lain, simpan dolu dlm wallet kecik ni, lpstu br msk dalam beg kuning ituuu...



pantai side dengan pantoon ni tak ramai orang, sesuai untuk bergambar.


kesan dari Tsunami 2006, kapal ni hanyut di bawa sehingga ke Hong Island, mereka yang terselamat, berlindung di kawasan tinggi pulau ini, 


kami jelajah hutan kecil di Hong Island untuk tengok kesan dari trajedi Tsunami.


Masa untuk snorkling!



Over excited!


Nak ambil gambar berlatarkan ikan yang super banyak tuuu...


tapiiiii... awatnya semua ikan nk duduk dekat Mat Saleh tu? Tak paham den! Bukan die bagi makanan ponnn.. I is confius!


See! ikan-ikan tu masih keliling dekat die, semangat isteri die nk amik gambar!


the beauty of Hong Island! Ni lah side pantai yang ramai orang! apa yang mebahagikan pantai ni kepada dua side, adalah batu besar dekat tengah2 tuu...


side yang tak ramai orang lepak... 
Rasa tak nak balik je bila dah berendam dekat Hong Island ni, siyes seronok gile! Hihihihi,. 2 jam yang di beri untuk lepak dekat sini rasa sekejap je.. hukhuk, aktiviti utama, pastinya bersnorkling, macam2 gaya! Untuk pengetahuan, pantai Hong Island ni landai je.. tak dalam sangat, sesuai sangat untuk budak2. Mak bapak budak boleh pergi jauh sikit untuk snorkling, untuk tengok lebih banyak coral yang cantik2. jangan risau, kalau rasa dah terlebih boundary line, boleh patah balik, sbb ada sign line dekat situ...



SNORKLING!

Langit yang cerah masa dekat sini, pengubat duka lara kami semalam. Alhamdulillah. Syukur. =)
Tepat jam 4 ptg, kami dipanggil melaui wisel untuk pulang kepangkuan jalan, hihihi, Tinggalkan Hong island dengan seribu kenangan, ntah bila nak datang lagi kannn...


sayang, jom  balik...


ok, mari kita balik dengan gembira!. hihihi.


sebelum balik, boat bawa kami bawa kami melawat lagoon Hong Island, kalau awal pagi, lagoon ni kering airnya, jadi kena datang ptg baru air naik dan boat pon boleh lalu,

Sungguh indah ciptaan Allah!


Masa ni, boat jalan perlahan je, sebab air cetek dekat kawasan lagoon ni.

Lebih kurang pukul 5pm kami sampai di depan Hotel Kl House, terus ambil beg nak teruskan perjalan ke Hotel kedua untuk percutian Krabi kali ni, Jalan 5 minit ajooo dah sampai!


 The Cliff Aonang!
Sampai2 je Hotel, kami di beri minuman jus untuk tunggu process registration, sekejap ajoo, lebih kurang 5 minint, kami terus di bawa ke Chalet kami, omg, memang cantik seperti dalam gambar yang di papar di laman sesawang Air Asiago! terus rasa teruja!






Our Room! Siyes, tenang gile Hotel ni, sunyi sepi, sesuai untuk yang nk Honeymoon dekat sini! Highly recommended!

Lepas letak beg, terus ajak En Hubby cari makanan, since motor smlm dah di pulangkan, kami sewa motor yang baru! =)





Niceeee!

Marilah cari makanan di tepian pantai Aonang!
sebelum tu, sempat juga beli mee celup yang femes amos di kalangan BBM, beli 2 set nak bawak makan tepi pantai.
Abg ni jual mee celup ni atas motor ajooo... memang marveles gile!


Pantai Aonang. En Hubby, cari apa tu?


Aonang street! dekat sinilah pancake femes amos, Yaminlah pancake!

Lepas habis makan, kami decide untuk balik and siap sedia untuk mencari souvenir waktu malam nanti!
Tapi, sebelum tu, sempat lagi untuk booking in room massage lepas balik nanti dekat kaunter receptionist hotel. huhhu, haruslah tidak melepaskan peluang, sebab esok kan dah nak balik!
dan kami juga booking taxi untuk ke airport di kaunter abang sewa motor, senang! tak payah nak pikir nanti esok camne nak ke airport.

End our 3rd day in Krabi!


Expenses untuk hari ketiga:

Aonang Street
Watermelon juice 30b
Mango juice 30b
Sotong goreng dan Ayam goreng 120b
Mee celup yang marveles ituuu 100b (2 set)

Massagae, 300b
Sewa Motor, 200b
Transfer Taxi ke Airport dari Hotel, The Cliff Aonang, 500b

Sourvenier, 3,820b

Total : 5,100b

till then,

Mila

1 comment:

  1. bestkan..dah g pun akhirnya hr tu...mcm nk kena g lagi ni...bnyk lagi pulau x g lagi ni..hehehe

    ReplyDelete